S&P Foods

  1. Peraduan bermula pada 23hb Julai 2020 pada jam 5:01 petang waktu Malaysia dan berakhir pada 28hb Julai 2020 pada jam 11:59 malam (“Tempoh Peraduan”).
  2. Untuk menyertai kempen, peserta perlu komen dalam post “KOMEN, TAG & MENANG” melalui S&P Santan di Facebook (www.facebook.com/snpsantan) dan / atau @snpsantan di Instagram. Setiap Peserta layak untuk komen lebih daripada satu komen sepanjang tempoh peraduan dan setiap nama yang ditag haruslah berbeza dalam setiap komen.
  3. Untuk menyertai Peraduan setiap peserta MESTI:
  • (i) Tag dua rakan
    (ii) Hashtag #snpsantanlove
    (iii) Lengkapkan [Masakan saya sentiasa lebih enak dengan S&P Santan kerana.……] tidak melebihi 15 patah perkataan
    (iv) Ikuti Instagram dan Facebook S&P Santan
  1. Setiap Peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) unit hadiah sahaja.
  2. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas, yang menetap di Malaysia sahaja (“Peserta yang Layak”).
  3. Pemenang akan diumumkan melalui Lazlive pada 28hb Julai 2020 oleh pihak Penganjur semasa siaran langsung tersebut.
  4. Pemenang harus memberi maklum balas kepada maklumat yang diperlukan dalam tempoh tiga puluh enam (36) jam dari pengumuman atau notis. Kegagalan untuk memberi maklum balas membenarkan Penganjur memilih pemenang yang lain.
  5. Pihak penganjur tidak akan membuat sebarang pemberitahuan kepada para pemenang berkenaan baki tempoh yang tinggal. Para pemenang mempunyai tanggungjawab mutlak menuntut hadiah yang dimenangi di dalam tempoh yang dinyatakan di atas.
  6. Pihak Penganjur akan mengirim/menghantar hadiah kepada pemenang menggunakan alamat yang diberikan mengikut kesesuaian masa penganjur.
  7. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk memberi kerjasama dengan muncul di dalam internet, video, gambar dan artikel yang akan digunakan bagi tujuan pengiklanan (apa-apa bentuk media) atau bahan lain oleh pihak Penganjur. Peserta tidak berhak menuntut apa-apa jenis pembayaran bagi tujuan tersebut pada masa ini mahupun masa hadapan jika imej digunakan semula, dan mengakui bahawa semua hak cipta termasuk hak untuk menghasilkan semula imej yang serupa atau sama dengan, akan menjadi milik pihak Penganjur secara mutlak; dan tidak akan membuat apa-apa tuntutan berhubung penggunaan imej yang serupa atau sama dengan kepada pihak Penganjur.
  8. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana individu yang mengganggu proses penyertaan atau pengendalian Peraduan, dimana tindakan itu dikira sudah melanggar Terma dan Syarat Peraduan ini.
  9. Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta harus mengesahkan semua butiran peribadi yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap, dan telah membaca serta memahami semua Terma dan Syarat Peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat berikut.
  10. Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta bersetuju untuk mempertahankan dan melindungi Penganjur dari sebarang saman, tuntutan, kerugian, ganti rugi dan perbelanjaan, termasuk yuran undang-undang yang munasabah yang mungkin timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan.
  11. Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada Peserta terlebih dahulu.

Untuk pertanyaan lanjut, sila emel kepada contact@spfood.com.