S&P Foods

Tempoh Peraduan

  1. Peraduan bermula pada 1hb Oktober 2020 pada jam 00:01 pagi dan berakhir pada 31hb November 2020 pada jam 11:59 malam waktu Malaysia. S&P Santan berhak meminda tempoh peraduan pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang notis.
  2. Penyertaan yang diterima di luar daripada tempoh peraduan akan dibatalkan secara automatik, dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

 

Cara Penyertaan

  1. Semua penyerahan untuk peraduan ini dianggap sebagai “Penyertaan” yang tertakluk pada terma dan syarat.
  2. Untuk menyertai, peserta hendaklah mematuhi setiap langkah berikut :-

Langkah 1:
Beli produk S&P Santan varisi Pandan atau Kurang Lemak.

Langkah 2:
Ambil gambar masakan kreatif anda bersama pek S&P Santan Pandan atau Kurang Lemak.

Langkah 3:
Muat naik gambar di profil Instagram anda.

Langkah 4:
Tag @snpsantan  dan gunakan hashtag #snpsnapmenang dalam kapsyen anda. Peserta haruslah mengikuti Instagram S&P Santan.

  1. Pek S&P Santan Pandan atau Kurang Lemak mestilah dipamerkan dengan jelas didalam gambar dan tiada produk daripada jenama lain kelihatan didalam gambar tersebut.
  2. Peserta boleh mengemukakan seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki sepanjang tempoh peraduan
  3. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas yang bermaustatin di Malaysia sahaja

 

Hadiah dan Pemenang

  1. Setiap Peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) unit hadiah sahaja.
  2. Penyertaan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang
  3. Pemenang akan diumumkan melalui Instagram S&P Santan pada 15hb Disember
  4. Pemenang akan dihubungi melalui Instagram S&P Santan untuk mendapatkan maklumat peribadi. Sekiranya pemenang gagal dihubungi atau tidak memberikan maklum balas yang diperlukan dalam tempoh tiga puluh enam (36) jam dari pengumuman atau notis, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang dan akan memilih pemenang yang lain.
  5. Pihak penganjur tidak akan membuat sebarang pemberitahuan kepada para pemenang berkenaan baki tempoh yang tinggal. Para pemenang mempunyai tanggungjawab mutlak menuntut hadiah yang dimenangi di dalam tempoh yang dinyatakan di atas.
  6. Pihak Penganjur akan mengirim/menghantar hadiah kepada pemenang menggunakan alamat yang diberikan mengikut kesesuaian masa penganjur.

Perlindungan Data

  1. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk memberi kerjasama dengan muncul di dalam internet, video, gambar dan artikel yang akan digunakan bagi tujuan pengiklanan (apa-apa bentuk media) atau bahan lain oleh pihak Penganjur. Peserta tidak berhak menuntut apa-apa jenis pembayaran bagi tujuan tersebut pada masa ini mahupun masa hadapan jika imej digunakan semula, dan mengakui bahawa semua hak cipta termasuk hak untuk menghasilkan semula imej yang serupa atau sama dengan, akan menjadi milik pihak Penganjur secara mutlak; dan tidak akan membuat apa-apa tuntutan berhubung penggunaan imej yang serupa atau sama dengan kepada pihak Penganjur.
  2. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana individu yang mengganggu proses penyertaan atau pengendalian Peraduan, dimana tindakan itu dikira sudah melanggar Terma dan Syarat Peraduan ini.
  3. Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta harus mengesahkan semua butiran peribadi yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap, dan telah membaca serta memahami semua Terma dan Syarat Peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat berikut.
  4. Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta bersetuju untuk mempertahankan dan melindungi Penganjur dari sebarang saman, tuntutan, kerugian, ganti rugi dan perbelanjaan, termasuk yuran undang-undang yang munasabah yang mungkin timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan.
  5. Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada Peserta terlebih dahulu.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di contact@spfood.com.