- Peraduan bermula pada 21hb Mac 2020 pada jam 12:01 pagi waktu Malaysia dan berakhir pada 28hb Mac 2020 pada jam 11:59 malam (“Tempoh Peraduan”).
- Setiap Peserta layak untuk memuat naik lebih daripada satu gambar penyertaan sepanjang tempoh peraduan. Setiap gambar dan konsep tarian peserta haruslah berbeza.
- Untuk kelayakan, peserta MESTI:
- Muat naik gambar sedang makan di rumah ke Instagram
- Tag tiga rakan dan @snpsantan berserta hashtag #dudukrumahdiamdiam #snpsantanlove
- Lengkapkan [Saya nak hamper S&P Santan kerana……] tidak melebihi 15 patah perkataan
- “Follow” Instagram S&P Santan
- Setiap Peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) unit hadiah sepanjang tempoh peraduan.
- Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas, yang tinggal di Malaysia sahaja (“Peserta yang Layak”).
- Pemenang akan dihubungi melalui Instagram sebelum 30hb April 2020 oleh pihak Penganjur.
- Pemenang harus memberi maklum balas kepada maklumat yang diperlukan dalam tempoh tiga puluh enam (36) jam dari pengumuman atau notis. Kegagalan untuk memberi maklum balas membenarkan Penganjur memilih pemenang yang lain.
- Pihak Penganjur akan menghantar hadiah kepada alamat pemenang pada masa yang sesuai.
- Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk memberi kerjasama dengan muncul di dalam internet, video, gambar dan artikel yang akan digunakan bagi tujuan pengiklanan (apa-apa bentuk media) atau bahan lain oleh pihak Penganjur. Peserta tidak berhak menuntut apa-apa jenis pembayaran bagi tujuan tersebut pada masa ini mahupun masa hadapan jika imej digunakan semula, dan mengakui bahawa semua hak cipta termasuk hak untuk menghasilkan semula imej yang serupa atau sama dengan, akan menjadi milik pihak Penganjur secara mutlak; dan tidak akan membuat apa-apa tuntutan berhubung penggunaan imej yang serupa atau sama dengan kepada pihak Penganjur.
- Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana individu yang mengganggu proses penyertaan atau pengendalian Peraduan, dimana tindakan itu dikira sudah melanggar Terma dan Syarat Peraduan ini.
- Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta harus mengesahkan semua butiran peribadi yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap, dan mereka telah membaca serta memahami semua Terma dan Syarat Peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat berikut.
- Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta bersetuju untuk mempertahankan dan melindungi Penganjur dari sebarang saman, tuntutan, kerugian, ganti rugi dan perbelanjaan, termasuk yuran undang-undang yang munasabah yang mungkin timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan.
- Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada Peserta terlebih dahulu.
- Semua kos pengangkutan, penginapan, perbelanjaan peribadi dan / atau apa-apa kos, yuran dan / atau perbelanjaan lain yang berkaitan dengan Peraduan dan menuntut Hadiah adalah tanggungjawab Pemenang dan Peserta sepenuhnya.
Untuk pertanyaan lanjut, sila emel kepada contact@spfood.com.