Terma & Syarat Kempen Beli & Tebus - S&P

Terma & Syarat Kempen Beli & Tebus

1. Kempen Beli & Tebus bermula pada 24hb April 2020 pada jam 12:01 pagi waktu Malaysia dan berakhir pada 23hb Mei 2020 pada jam 11:59 malam (“Tempoh Penebusan”).

2. Muat naik resit pembelian sebagai bukti adalah WAJIB bagi proses penebusan. Satu (1) resit hanya layak untuk satu (1) penebusan sahaja.

3. Tarikh yang tertera di resit pembelian MESTI dalam tempoh kempen berlangsung.

4. Pihak Penganjur akan menghantar/mengepos hadiah kepada penerima mengikut alamat yang telah didaftarkan oleh penerima pada masa yang sesuai yang akan dipilih oleh pihak Penganjur.

5. Dengan menyertai Kempen ini, penerima bersetuju untuk memberi kerjasama dengan muncul di dalam internet, video, gambar dan artikel yang akan digunakan bagi tujuan pengiklanan (dalam apa-apa bentuk media) atau bahan lain oleh pihak Penganjur. Penerima tidak berhak untuk menuntut apa-apa jenis pembayaran bagi tujuan tersebut pada masa ini mahupun masa hadapan jika imej digunakan semula, dan mengakui bahawa semua hak cipta termasuk hak untuk menghasilkan semula imej yang serupa atau sama dengan, akan menjadi milik pihak Penganjur secara mutlak; dan tidak akan membuat apa-apa tuntutan berhubung penggunaan imej yang serupa atau sama kepada pihak Penganjur.

6. Dengan menyertai Kempen ini, penerima harus mengesahkan semua butiran peribadi yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap, dan telah membaca serta memahami semua Terma dan Syarat Kempen ini dan bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat tersebut.

7. Dengan menyertai Kempen ini, penerima bersetuju untuk mempertahankan dan melindungi Pihak Penganjur dari sebarang saman, tuntutan, kerugian, ganti rugi dan perbelanjaan, termasuk yuran undang-undang yang munasabah yang mungkin timbul daripada atau berkaitan dengan Kempen.

8. Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma dan Syarat kempen pada bila-bila masa tanpa pengetahuan atau pemberian notis kepada penerima terlebih dahulu.

Untuk pertanyaan lanjut, sila emel kepada contact@spfood.com.

Close Menu