S&P Foods

Terma & Syarat Peraduan “Masak-masak bersama Adikfoods”

  1. Peraduan bermula pada 18hb September 2020 pada jam 12:01 pagi waktu Malaysia dan berakhir pada 04hb Oktober 2020 pada jam 11:59 malam (“Tempoh Peraduan”).
  2. Untuk menyertai Peraduan setiap peserta hendaklah mematuhi setiap langkah berikut ;

(i) Beli S&P Santan variasi PANDAN ataupun KURANG LEMAK sahaja
(ii) Muat naik gambar anda dengan produk S&P Santan variasi PANDAN ataupun KURANG LEMAK
(iii) Tag @snpsantan dan @adikfoods dan bersama hashtag #snpsantanlove #shaketwistpour
(iv) Lengkapkan slogan berserta “S&P Santan” dan “Adikfoods” tidak lebih 30 perkataan.

  1. Muat naik gambar anda dengan produk S&P Santan variasi PANDAN atau KURANG LEMAK di profil Facebook/Instagram sebagai bukti adalah WAJIB sebagai syarat penyertaan.
  2. Setiap Peserta layak untuk post lebih daripada satu posting sepanjang tempoh peraduan.
  3. Setiap Peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) unit hadiah sahaja.
  4. Penyertaan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang.
  5. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas, yang menetap di Malaysia sahaja (“Peserta yang Layak”).
  6. Pihak Penganjur akan mengirim/menghantar hadiah kepada pemenang menggunakan alamat yang diberikan mengikut kesesuaian masa penganjur.
  7. Sekiranya Pihak Pemenang tidak dapat menghadiri sesi fizikal “Masak-masak bersama Adikfoods” di Lembah Klang, sesi memasak akan dianjurkan secara maya dengan Adikfoods.
  8. Untuk mengelakkan penyebaran COVID-19, sesi memasak fizikal dengan Adikfoods tertakluk kepada keadaan semasa wabak COVID-19.
  9. Tarikh dan masa sesi “Masak-masak bersama Adikfoods” akan diatur setelah perbincangan antara penganjur, Adikfoods dan pemenang.
  10. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk memberi kerjasama dengan muncul di dalam internet, video, gambar dan artikel yang akan digunakan bagi tujuan pengiklanan (apa-apa bentuk media) atau bahan lain oleh pihak Penganjur. Peserta tidak berhak menuntut apa-apa jenis pembayaran bagi tujuan tersebut pada masa ini mahupun masa hadapan jika imej digunakan semula, dan mengakui bahawa semua hak cipta termasuk hak untuk menghasilkan semula imej yang serupa atau sama dengan, akan menjadi milik pihak Penganjur secara mutlak; dan tidak akan membuat apa-apa tuntutan berhubung penggunaan imej yang serupa atau sama dengan kepada pihak Penganjur.
  11. Dengan menyertai Kempen ini, peserta harus mengesahkan semua butiran peribadi yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap, dan telah membaca serta memahami semua Terma dan Syarat Peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat tersebut.
  12. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana individu yang mengganggu proses penyertaan atau pengendalian Peraduan, dimana tindakan itu dikira sudah melanggar Terma dan Syarat Peraduan ini.
  13. Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta bersetuju untuk mempertahankan dan melindungi Penganjur dari sebarang saman, tuntutan, kerugian, ganti rugi dan perbelanjaan, termasuk yuran undang-undang yang munasabah yang mungkin timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan.
  14. Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada Peserta terlebih dahulu.

Untuk pertanyaan lanjut, sila emel kepada contact@spfood.com.