S&P Foods

Soalan Lazim

Kami menggunakan teknologi pengeringan semburan yang di import dari Jerman, untuk memproses santan kelapa kepada bentuk serbuk. Pengeringan semburan ialah kaedah menghasilkan serbuk kering daripada cecair, melalui proses pengeringan yang cepat dengan gas panas.

Penggunaan natrium kaseinat menyatukan air dan minyak dengan baik, memberikan ciri ciri kestabilan dan keterlarutan. Oleh itu serbuk santan kelapa kami memberikan rasa lemak berkrim, kelegapan dan warna putih susu.

Produk kami tidak mengandungi bahan pengawet.

Anda boleh mencampurkan 50g serbuk santan kelapa bersama 200ml air suam untuk tekstur yang lebih cair. Untuk tekstur lebih pekat anda boleh tuang sahaja 50g Serbuk Santan Kelapa kedalam masakan. Anda juga boleh menambah serbuk santan kelapa ke dalam kopi panas atau minuman coklat anda. Untuk maklumat lanjut , sila rujuk resipi atau aplikasi produk .

Anda boleh menambah 50g serbuk santan ke dalam 200ml air suam untuk santan pekat, atau dengan 400ml air suam untuk santan nipis.

Serbuk santan kelapa mempunyai jangka hayat sekurang-kurangnya 12 bulan mengikut tarikh pembuatan jika ia disimpan dalam keadaan yang disyorkan.

Anda disyorkan untuk menyimpan serbuk santan kelapa pada suhu bilik , jauhkan dari cahaya matahari dan haba

Simpan pada suhu bilik , jauh dari cahaya matahari dan haba.

Serbuk santan adalah higroskopik , yang menyerap kelembapan dari udara. Apabila ia menyerap lembapan , serbuk santan kelapa mula berketul dan membentuk pepejal. Walau bagaimanapun , ini boleh dielakkan dengan menyimpannya di dalam bekas kedap udara

Kelapa mengandungi 92% lemak tepu , tetapi ia berbeza daripada lemak tepu dalam lemak haiwan. Lemak tepu dalam kelapa ialah asid lemak tepu rantai sederhana (MCFA) yang membawa manfaat kepada tubuh badan seperti:

  1. Membekalkan sumber tenaga yang baik (penyerapan terus oleh usus ke hati untuk metabolisme pantas yang menghasilkan tenaga)
  2. Melindungi dari penyakit hati
  3. Membantu menurunkan paras kolesterol jahat

Yes, our products are shipped internationally and they are stable in ambient temperature. Please contact us for more inquiries or international shipment.

Ini disebabkan oleh peningkatan kesedaran tentang gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Peningkatan diet berasaskan tumbuhan mendorong permintaan kelapa sebagai protein. Diet berasaskan tumbuhan membantu mempromosikan manfaat kesihatan, etika dan alam sekitar kepada pengguna.